Monday, 18 February 2013

Bahasa Syurga

Assalamu'alaikum Semua~

Berjumpa lagi kita dalam satu 'episode' baru hari ini. Hari ini nak cerita sedikit berkenaan apa yang aku lalui dan rasa. Hohoho. 'I like to share my thoughts, not a problem right?'

Pagi tadi dalam jam 10 aku dan SahabatSahabat yang satu semester dengan aku menjawab kertas peperiksaan Bahasa Arab. Alhamdulillah dapat aku jalaninya dengan tenang. Tetapi, aku tidak berasa yakin dengan segala yang telah aku catatkan dalam kertas jawapan seperti keyakinan yang aku rasa dengan dua kertas peperiksaan yang lepas. Mungkin sebabnya ialah kefahamanku yang kurang terhadap Bahasa Arab. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya di Hati ini apabila melihat SahabatSahabat yang dapat membaca, memahami dan berbicara dalam Bahasa Syurga itu. 

Duduk terdiam sepi di bilik melihat al Qur'an yang tersusun di rak sambil memikir akan indahnya jika dapat aku memahami akan Kalam Allah yang di turunkan kepada Baginda SAW. Sedih! Sedih  yang teramat! 

Kebiasaannya orang akan berasa malu jika tidak tahu berbahasa Inggeris. Sehinggu pernah dulu satu masa aku pun begitu. Tetapi sekarang aku berasa malu kerana tidak dapat memahami Bahasa Arab sebaiknya. 

Aku berharap akan suatu hari ada seorang yang sudi mengajarKu akan bahasa Indah ini dari mula hingga akhir. Semoga apa yang aku pelajari daripada Bahasa Syurga ini dapat membawa manfaat pada diriku ini dalam mempelajari Ilmu Allah dengan lebih mendalam dan juga dapat memanfaatkan SahabatSahabat dan orang di sekelilingKu.

Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Esok petang kertas Pengajian Malaysia pula. Do'akan kami di sini.
Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.

Wassalamu'alaikum.


No comments:

Post a Comment