Sunday 28 July 2013

Lost.


Assalamu'alaikum w.b.t. 

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu kembali di dalam satu 'episod' yang baru. 
Alhamdulillah, Syukur yang Teramat! 

Terlalu lama rasanya tak buat post. Idea banyak, tetapi satu apa pun tak dapat nak dikongsikan. Tiada kekuatan untuk membuat satu post walaupun yang pendek dan ringkas. Mungkin kerana terlalu banyak Dosa yang dilakukan. Menggunung tinggi sehinggakan tidak di-izinkan oleh Yang Maha Esa untuk diri ini untuk berkongsi apa yang dalam hati dan minda.
=/

Memang betul! Tanpa diragui, terlampau banyak perkara yang 'lagha' diri ini lakukan. Diri ini seolah-olah kehilangan arah tuju, terumbang ambing di pukul ombak, arus dunia dan seisinya.
Dan ini tidak sepatutnya berlaku pada seorang hamba apatah lagi seorang Penuntut Ilmu!

"Aku rindu dengan diri engkau yang dulu"
Teguran seorang sahabat yang sangat mengambil berat perihal sahabatnya yang lain. 

Kata-katanya seolah-olah diriku ini telah berubah kepada seorang yang baru, seorang yang tidak dikenali. Aku sendiri tidak mengenali 'Siapakah Diriku Yang Sebanar?'

I Am Lost!

Jasadku masih ada, dan alhamdulillah begitu juga rohku.  Jadi apa yang hilang sedangkan kedua-duanya ada?
Diri
Pendirian
Jiwa
Hala-tuju
Hati...

Pada satu malam, hati aku berasa sungguh tidak tenteram. Sungguh tidak tenteram membuatkan pada malam itu sukar untuk aku melelapkan mata walaupun sudah lama membaringkan diri ditempat tidurku.
Jadi sebagai alternative aku memainkan 'music player' daripada handphone dengan harapan dapat membantu aku untuk melelapkan mata.

Selepas beberapa minit lagu dimainkan, Tiba-tiba...


Air mataku mengalir, tubuhku terduduk dan hatiku sebak. 
Pada waktu yang sama, terasa ingin pulang ke rumah untuk berjumpa dengan keluarga memohon maaf atas segala perbuatan diriku ini terhadap mereka, segala perbuatan aku dibelakang mereka, ketika berjauhan dengan mereka. 
Terasa ingin berjumpa dengan semua sahabat yang mengenali diri ini dan memohon maaf atas segala kesilapan yang dilakukan. 

Mengalirnya air mata ini ketika sebuah lagu yang diberi tajuk 
'Taubat Seorang Hamba' 
memain dengan sendirinya selepas beberapa buah lagu habis dimainkan.

Ya Allah, adakah ini sebabnya segala rasa resah, hilang, tidak tenteram dan derita yang engkau lemparkan ke dalam hati aku pada malam ini semata-mata untuk mata ini mengalirkan airnya, mengenangkan segala dosa yang telah dilakukan. 
Andai benar Ya Allah! Aku berterima kasih padaMu Ya Allah. *Bisik hati

Sebak di hati hanya Dia sahaja yang tahu.

 Pernah aku alami malam seperti ini suatu ketika dahulu. Aku menyesal dengan sikap aku yang sering melupakan Dia dan leka dengan dunia. 
Malam ini aku dapat rasakan situasi yang sama berlaku. 

Ya Allah, ampunkanlah hamba mu yang kerdil ini. 



Tuesday 26 March 2013

Mengemis Kasih

Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi untuk menyiapkan satu post yang sekian lama beratur dalam 'draft'
Maaf sesangat atas kelewatan yang berlaku.
Pertama sekali sebab saya tiada kekuatan untuk menyiapkannya
Kedua sebab saya sibuk dengan perkara yang dianggap 'lebih' penting
Dan Ketiga sebab mungkin, mungkin, mungkin... saya terlalu malas untuk menyiapkan.

Ya Allah, Lindungilah dan Jauhilah diri ini dari sifat pemalas

Okay. Ingat lagi tidak di akhir post yang lepas saya ada kata yang saya ada benda nak dikongsikan
Benda itu adalah satu lagu atau kebanyakan daripada kita lebih mengenalinya dengan Nasyid.
Dan nasyid itu berjudul Mengemis Kasih, seperti mana yang tertera pada Tajuk post hari ini lah.
Nasyid ini sebenarnya sudah lama dan dinyanyikan semula oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai The Zikr. Tetapi baru sekarang dapat dengar. Ada hikmahnya.

Persoalannya ialah. Kenapa lagu-lagu seperti ini lebih dikenali dengan Nasyid?
Pendapat dari sahabat,
@TheSmile94,  Nasyid adalah satu lagu yang mempunyai unsur dakwah, menceritakan hakikat kebesaran Allah S.W.T dan juga hakikat kita sebagai hamba kepadaNya
'cyda', Nasyid adalah satu lagu yang mempunyai unsur rohani, kabaikan dan image penyayi ataupun penampilan yang dibawa penyayi adalah kepada Islamic.
Hanif Othman, lagu Nasyid mempunyai unsur ketuhanan, tidak dinafikan Nasyid juga ada unsur cinta. Akan tetapi cinta tersebut bukan hanya dituju kepada manusia semata, ianya lebih kepada Allah S.W.T.

Kesimpulannya, Nasyid adalah satu lagu dimana lirik yang dinyanyikan atau pengisian yang terkandung didalam lagu tersebut mempunyai unsur Ketuhanan dan Rohani, sebagai peringatan kepada kita hakikat seorang Hamba, secara tidak langsung menyedarkan kita betapa lemahnya diri kita tanpa adanya Dia. Tidak dinafikan ada sesetengah lagu mempunyai unsur percintaan, tetapi bukan pada Manusia semata sebaliknya untuk membawa kita kepada CintaNya.

Sudah habis dengan Persoalan yang timbul. Sekarang mari kita sama-sama dengar nasyid ini.

Nazrey Johani feat Far East - Mengemis Kasih


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas

Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
-------------------------------------------------------------------------------------

AllahuAllah
Berkali dengar baru dapat dihayati
Sedih mengenang segala dosa yang dilakukan.
Menggunung Tinggi.
Tetapi Pengampunan-Nya, tidak pernah bertepi.
Rahmat-Nya melangit luas!

Allah itu al Ghaffar yang bermaksud Yang Maha Pengampun.

Firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 9 yang bermaksud, "Khabarkan kepada hamba-hambaKu bahawa sesungguhnya Aku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

Terdapat banyak ayat al Quran dan hadis yang menceritakan tentang Pengampunan-Nya
Janganlah kita lupa.
Janganlah berputus asa
Dalam mengolak langkah kepada-Nya

Surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud, "Katakanlah (kepada hamba-hambaKu yang beriman), Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap dirinya (pernah berbuat salah), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

Setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa.
Daripada sekecil-kecil perkara ke sebesar-besarnya.
Akan tetapi, dengan lantas kita ingat kepada Allah dan memohon keampunan darinya.
Tiada seorang pun yang dapat memberi keampunan itu melainkan Allah S.W.T

Surah Ali-Imran ayat 135-136 yang bermaksud "Dan (juga) orang-orang yang apabila ia (terlanjur) mengerjakan perbuatan keji (dosa besar) atau menganiaya dirinya sendiri (berbuat salah), mereka cepat ingat kepada Tuhan. Lantas memohon keampunan dari dosa-dosa itu. Tidak ada (seorang pun yang dapat memberikan keampunan) selain Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji, padahal mereka mengetahui. Balasan mereka keampunan dari Allah dan syurga yang sungainya tetap mengalir. Mereka kekal di sana. Alangkah baiknya pahala orang-orang yang beramal"

Apa yang dimaksudkan dengan 'Mengingati Allah'?
Mengingati Allah disini adalah dengan cara bertaubat. Mohon ampun atas segala kesilapan. Menyesal dan benci terhadap dosa dan maksiat yang pernah dilakukan.

Dari Abu Musa al-Asy'ari Radiallahu'anhu beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla membentangkan tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari dan membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa di malam hari. Demikianlah seterusnya sehingga sampai matahari terbit dari barat (Kiamat)". (Hadith Riwayat Muslim)



Bertaubatlah selagi ada masa
Berharaplah hanya kepadaNya dan bukan pada Manusia

Wallahu'alam
Sampai di sini sahaja pertemuan kita. 
Alhamdulillah diberi kekuatan untuk menyiapkan post ini. 
Semoga berjumpa lagi di lain hari.

Wassalamu'alaikum.

=]

Friday 15 March 2013

Home Alone Day 3, 4, 5, 6...

Assalamu'alaikum wbt.
Bagaimana dengan Hati SahabatSahabatku nun di sana? Sihat? Harap semuanya dalam keadaan yang diredhai. Amin.

Lama rasanya kita tak bersua. Maaflah kerana 2,3,4,5,6... hari ini agak sibuk ke SanaSini. =D


Rindu Saya ? Awww. Terima Kasih. Saya pun sama. #Sweetnyee. 

Hari ini sudah 15/3, dan satu hari sahaja lagi dekat rumah ni. *Cepatnya masa berlalu. Hmm
Tak sabar rasanya menanti untuk semester baru bermula, tetapi pada masa yang sama agak risau.
*Risau dengan apa? 
Dengan keputusan yang akan keluar lah. Huhu. Tak gitu sahabatku #TeamSofa?

Semoga semua senantiasa sabar dengan setiap ujian yang mendatangi diri.
Tidak kira apapun keputusan yang kita dapat, terima dengan hati yang terbuka kerana itu tanda kita redha padaNya.
Apa yang kita dapat adalah dari titik peluh kita sendiri.
Andai rasa diri tidak cukup usaha, semester depan ada lagi.
Ambillah pengajaran dari pengalaman. #NoteToSelf

Tak sabar nak berjumpa dengan keluarga AsSofa.
Tapi first day balik dah kena pergi meeting. Huwaaa~
Memang best. Kan #TeamSofa?

Hmmm, Dah Asar ni. Azan dah berkumandang.
Jom kita pergi Masjid.

Jumpa lagi malam ni. Ada 'something' nak share dengan semua. =)
Wassalamu'alaikum.
------------------------------------------------------------------
Update:: Malam ni mungkin lewat sikit sebab ada jemputan jiran depan rumah. InsyaAllah dengan izinNya kita jumpa. Oraite.

TataTitiTutuu~

Tuesday 26 February 2013

Home Alone Day 2

Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah Wa Syukrulillah masih diberi masa untuk bertaubat.

EhEh, TahuTahu dah 'Home Alone Day 2'
Day 1 Mana?

Day 1 semalam Isnin. Tak kemana pun. =3

Comel je Squirrel ni. n_n

What a day~ Tupai ni pun tahu erti letih. Tengok pun sudah tahu. Apa entah lagi kita manusia, betul tak?

"Cuti rasa macam tak cuti. Ingat cuti dapat duduk 'relax'. Tapi Tidak. OhMy~"
Inilah yang terlintas difikiran selepas beberapa hari berada di rumah. 
"Lebih baik tak payah cuti" *Sambungan kepada 'Thoughts' tadi. 

Sedar tak sedar bila fikir balik apa yang terlintas dalam fikiran ni agak terkelaluan.
Iyelah, sebab thoughts ni lintas masa Ibu tanya apa yang sudah ku buat hari ini? 
Astaghfirullah. Teruknya.
Walaupun hanya difikiran, tapi jika difikirkan balik. Patutkah?
Tanpa membuang masa, aku pun pergi buat apa yang sepatutnya dibuat iaitu kerja ku yang tidak siap2 dari pagi. 
-----------------------------------------------------------------------------------------
Allah SWT menyeru kita supaya untuk berbuat baik kepada kedua Ibu Bapa seperti mana Firman-Nya yang bermaksud "Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada kedua Ibu Bapa."  (Surah al Isra' ayat 23). 

Disini terdapat dua kewajipan yang Allah SWT letakkan kepada kita, akan tetapi dalam konteks ini kita akan highlight dan fokus lebih kepada kewajipan berlaku baik terhadap kedua ibu bapa kita. Terang dan jelas Allah SWT berikan didalam firman-Nya tanpa memerlukan penjelasan lebih. 

Wajib bermaksud satu kemestian ke atas mukallaf dan berdosa jika tidak melaksanakannya.

Allah SWT meletakkan kewajipan mentaati kedua Ibu Bapa selepas kewajipan mentauhidkan-Nya. Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya kita sebagai anak untuk mentaati dan berbuat baik kepada kedua-duanya. 

Al Qur'an juga ada menceritakan berkenaan pengorbanan seorang Ibu semasa mengandungkan anaknya.

Allah SWT berfirman di dalam surah Luqman ayat 14 yang bermaksud "Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua Ibu Bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali"

AllahuAllah. Ampunilah dosa kami ya Allah.

Kebanyakan dikalangan kita tidak kira remaja atau pun yang sudah dewasa didapati semakin kurang memberi tanggungjawab terhadap memberi hak penjagaan kepada kedua Ibu Bapa. Betullah kata orang, seorang Ibu mampu untuk menjaga seorang anak tetapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang Ibu. 



Semakin ramai dikalangan kita yang berani menderhaka kepada kedua Ibu Bapa sama ada dengan meninggikan suara, menengking, marah atau tidak ambil peduli langsung sehingga sanggup mengambil langkah membuang dan meninggalkan mereka saat kita diperlukan. 

Dengan berkata 'ah' sahaja sudah dikira berdosa, apatah lagi perkara-perkara buruk yang lain. 

Na'uzibillah Min Zalik

Firman Allah SWT yang bermaksud "Janganlah kamu berkata kepada keduanya (Ibu Bapa) dengan perkataan 'ah' dan janganlah pula kamu mengherdik mereka. Bercakaplah kepada mereka dengan perkataan yang mulia." (Surah al Isra' ayat 23)
--------------------------------------------------------------------------------------

Jadi, Alhamdulillah selesai juga kerjaku,

Apa kerjanya?

Erk, Seganlah nak bagi tau. Hohoo~
Alaaa~ Lipat pakaian je.

Tadaa!
Before
After
Kata segan, tapi siap tunjuk gambar lagi. -_-' #IniSemuaPoyo
KuiKuiKui~

Nampak sikit. Tapi ianya telah mengambil masaku hampir satu hari untuk siap. Pagi --> Petang
Mana tidaknya kalau buat duduk 5 minit pastu bangun pergi cari makanan. Duduk lagi 5 minit bangun pergi menghadap komputer and berterusan. KihKihKih =3

Inilah Daily Routine yang akan berterusan sehingga buka sem nanti. 
Bestnyaa~ =')

ApaApa pun A Good Job Well Done to Me ! n_n
------------------------------------------------------------------------------------

Kepada sahabat yang ketika ini sedang menikmati 'Sem Break' seperti diri ini juga. Ketika di rumah, jagalah pergaulan kita dengan kedua Ibu Bapa kita. Janganlah buat perkara yang pada akhirnya akan membawa murka pada diri. 

Semoga kita semua senantiasa dibawah penjagaan Allah SWT dalam menjalankan tugas kita sebagai seorang anak. 

Wallahu'alam. 
Wassalamu'alaikum. 

----------------------------------------------------------------------------------

p/s : Dalil-dalil dan sedikit pengisian dalam post ini diambil dari http://imamudasyraf.com/v2/?p=651 =]
       Maaf Ustaz sebab tidak minta izin awal2 untuk menggunakan sedikit karya Ustaz untuk post saya. 
       Halal ya Ustaz. =D

Monday 25 February 2013

Sem Break.



It's Semester Break You'll !!! \^,^/ 

It's been sometime since my last post. and Alhamdulillah the Finals are over.

So now . . .

Yeah~ The picture says it already. 

Let The Randomness Begins!

Unfortunately the Sem Break will only be 3 weeks. 
I'm cool with that. It's no big deal. 
Cause I can't think of anything to do anyway if it was a month holiday or more...


I plan to go to Penang this week, but it seems like uncertain that I will make it. 
Dad asks me to accompany him on his way to get his ordered car before going. Unfortunately, he not sure when. So now I'm waiting for that day then I'll be able to go where I was supposed to. 
Hopefully within this week I'll be in Penang. 
__________________________________

Got nothing else to share. Mind Blank. 
Thank you for your time here.

Wassalamu'alaikum. =]

Monday 18 February 2013

Bahasa Syurga

Assalamu'alaikum Semua~

Berjumpa lagi kita dalam satu 'episode' baru hari ini. Hari ini nak cerita sedikit berkenaan apa yang aku lalui dan rasa. Hohoho. 'I like to share my thoughts, not a problem right?'

Pagi tadi dalam jam 10 aku dan SahabatSahabat yang satu semester dengan aku menjawab kertas peperiksaan Bahasa Arab. Alhamdulillah dapat aku jalaninya dengan tenang. Tetapi, aku tidak berasa yakin dengan segala yang telah aku catatkan dalam kertas jawapan seperti keyakinan yang aku rasa dengan dua kertas peperiksaan yang lepas. Mungkin sebabnya ialah kefahamanku yang kurang terhadap Bahasa Arab. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya di Hati ini apabila melihat SahabatSahabat yang dapat membaca, memahami dan berbicara dalam Bahasa Syurga itu. 

Duduk terdiam sepi di bilik melihat al Qur'an yang tersusun di rak sambil memikir akan indahnya jika dapat aku memahami akan Kalam Allah yang di turunkan kepada Baginda SAW. Sedih! Sedih  yang teramat! 

Kebiasaannya orang akan berasa malu jika tidak tahu berbahasa Inggeris. Sehinggu pernah dulu satu masa aku pun begitu. Tetapi sekarang aku berasa malu kerana tidak dapat memahami Bahasa Arab sebaiknya. 

Aku berharap akan suatu hari ada seorang yang sudi mengajarKu akan bahasa Indah ini dari mula hingga akhir. Semoga apa yang aku pelajari daripada Bahasa Syurga ini dapat membawa manfaat pada diriku ini dalam mempelajari Ilmu Allah dengan lebih mendalam dan juga dapat memanfaatkan SahabatSahabat dan orang di sekelilingKu.

Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Esok petang kertas Pengajian Malaysia pula. Do'akan kami di sini.
Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.

Wassalamu'alaikum.


Wednesday 13 February 2013

Usul Fiqh. Ulum Hadith. Alhamdulillah.

Assalamu'alaikum.

Berjumpa lagi kita buat kali ke-EMPAT

Me:   Alhamdulillah. =) 
You:  Eh? Apa yang 'Alhamdulillah'-nya? 
Me:   Tak baca tajuk post ni ke? -,-'
You:  Baca.
Me:   Dah tu? -_-!
You:  Apa itu Usul Fiqh? and What is Ulum Hadith?
Me:   Ceh, kenapalah tak tanya AwalAwal tadi. =.='' *IniSemuaPoyoss

Hee, inilah yang 'ter'jadi bila dah tak tahu nak buat apa. Dialog yang tak mungkin berlaku antara kita. Sedeyh  tak? ='( 

DahDahDah. Lets get to where we should be. 

So, FYI hari Isnin yang lalu bersamaan dengan 11/2 telah bermula peperangan yang BESAR! disatu Kolej di mana pelajar-pelajar menamakan-nya dengan... 'FINAL EXAMS'. JengJengJeng!~. Tekejot Kau. Heheheh. =3 

Okay, Saya dah banyak merapu. Serious now. SeriousSerious

Hah, Macam tu la citenyee. Peperiksaan Akhir bagiku untuk semester 2 ni dah bermula. Post yang lepas cite pasal 'Study Week', sekarang kita cite pasal exam pulak, so now dua kertas untuk minggu pertama peperiksaan pun dah lepas. Baru je lepas. Agak dua hari yang lepaslah. Isnin dan Selasa. Sekarang dah Khamis. Dua hari la kan? Rabu, Khamis? KanKan? 

Dua kertas yang dah lepas ni dipanggil 'Usul Fiqh' dan 'Ulum Hadith'. Untuk pengetahuan ualls, Usul Fiqh adalah satu subjek yang aku belajar berkaitan dengan CaraCara meng'istinbat' hukum. Senang kata cara nak letak hukum pada sesuatu lah, dan banyak lagi. 'Ulum Hadith' ni pulak, satu subjek yang aku belajar berkaitan dengan Hadith. Haaa tu dia. =D Senang kata Ilmu Hadith. Mungkin pada masa yang akan datang aku ku jelaskan dengan lebih terperinci berkenaan dengan dua subjek yang aku belajar ni. Ok?

Terima Kasih, berkat do'a IbuDanAyah dapat aku jalani dua ujian ini dengan tenang-nya, Tidak lupa juga kepada semua yang telah mendo'akan diri yang lemah ni. Terus terang aku kata, masa jawab kertas tu memang tenang. Takde nak TensionTension jawab dan kejar masa nak siap cepat. Semua tu tidak ada. Terima Kasih SangatSangat. =) 

Sekarang yang hanya empat kertas yang tinggal dan keEmpatEmpat kertas akan aku tempuhi minggu hadapan bermula pada 18 sampailah 22/2 ni. 21/2  free day jadi ada masa lebih untuk siap sedia untuk kertas yang terakhir. Alhamdulillah.

Harap dapat aku tempuhi ujian ini dengan tenang dan jayanya. Tidak lupa juga segala ujian yang datang dari Allah SWT. Do'kanku dan SahabatSahabatKu yang bersama menjalani ujian akhir semester ini dengan tenang dan jayanya. 

Jazakallahu Khairan Kathira. 

Aku rasa itu sahaja untuk post kali ini. Tak tahu dah nak taip apa lagi. Hohoho~ 

I'll any latest news or info will be share on the next post. n_n

p/s: Love you guys. Thank you for your time dropping by. 

Wassalamu'alaikum.