Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi untuk menyiapkan satu post yang sekian lama beratur dalam 'draft'
Maaf sesangat atas kelewatan yang berlaku.
Pertama sekali sebab saya tiada kekuatan untuk menyiapkannya
Kedua sebab saya sibuk dengan perkara yang dianggap 'lebih' penting
Dan Ketiga sebab mungkin, mungkin, mungkin... saya terlalu malas untuk menyiapkan.
Ya Allah, Lindungilah dan Jauhilah diri ini dari sifat pemalas
Okay. Ingat lagi tidak di akhir post yang lepas saya ada kata yang saya ada benda nak dikongsikan
Benda itu adalah satu lagu atau kebanyakan daripada kita lebih mengenalinya dengan Nasyid.
Dan nasyid itu berjudul Mengemis Kasih, seperti mana yang tertera pada Tajuk post hari ini lah.
Nasyid ini sebenarnya sudah lama dan dinyanyikan semula oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai The Zikr. Tetapi baru sekarang dapat dengar. Ada hikmahnya.
Persoalannya ialah. Kenapa lagu-lagu seperti ini lebih dikenali dengan Nasyid?
Pendapat dari sahabat,
@TheSmile94, Nasyid adalah satu lagu yang mempunyai unsur dakwah, menceritakan hakikat kebesaran Allah S.W.T dan juga hakikat kita sebagai hamba kepadaNya
'cyda', Nasyid adalah satu lagu yang mempunyai unsur rohani, kabaikan dan image penyayi ataupun penampilan yang dibawa penyayi adalah kepada Islamic.
Hanif Othman, lagu Nasyid mempunyai unsur ketuhanan, tidak dinafikan Nasyid juga ada unsur cinta. Akan tetapi cinta tersebut bukan hanya dituju kepada manusia semata, ianya lebih kepada Allah S.W.T.
Kesimpulannya, Nasyid adalah satu lagu dimana lirik yang dinyanyikan atau pengisian yang terkandung didalam lagu tersebut mempunyai unsur Ketuhanan dan Rohani, sebagai peringatan kepada kita hakikat seorang Hamba, secara tidak langsung menyedarkan kita betapa lemahnya diri kita tanpa adanya Dia. Tidak dinafikan ada sesetengah lagu mempunyai unsur percintaan, tetapi bukan pada Manusia semata sebaliknya untuk membawa kita kepada CintaNya.
Sudah habis dengan Persoalan yang timbul. Sekarang mari kita sama-sama dengar nasyid ini.
Nazrey Johani feat Far East - Mengemis Kasih
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati
Tuhan dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
-------------------------------------------------------------------------------------
AllahuAllah
Berkali dengar baru dapat dihayati
Sedih mengenang segala dosa yang dilakukan.
Menggunung Tinggi.
Tetapi Pengampunan-Nya, tidak pernah bertepi.
Rahmat-Nya melangit luas!
Allah itu al Ghaffar yang bermaksud Yang Maha Pengampun.
Firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 9 yang bermaksud, "Khabarkan kepada hamba-hambaKu bahawa sesungguhnya Aku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
Terdapat banyak ayat al Quran dan hadis yang menceritakan tentang Pengampunan-Nya
Janganlah kita lupa.
Janganlah berputus asa
Dalam mengolak langkah kepada-Nya
Surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud, "Katakanlah (kepada hamba-hambaKu yang beriman), Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap dirinya (pernah berbuat salah), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
Setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa.
Daripada sekecil-kecil perkara ke sebesar-besarnya.
Akan tetapi, dengan lantas kita ingat kepada Allah dan memohon keampunan darinya.
Tiada seorang pun yang dapat memberi keampunan itu melainkan Allah S.W.T
Surah Ali-Imran ayat 135-136 yang bermaksud "Dan (juga) orang-orang yang apabila ia (terlanjur) mengerjakan perbuatan keji (dosa besar) atau menganiaya dirinya sendiri (berbuat salah), mereka cepat ingat kepada Tuhan. Lantas memohon keampunan dari dosa-dosa itu. Tidak ada (seorang pun yang dapat memberikan keampunan) selain Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji, padahal mereka mengetahui. Balasan mereka keampunan dari Allah dan syurga yang sungainya tetap mengalir. Mereka kekal di sana. Alangkah baiknya pahala orang-orang yang beramal"
Apa yang dimaksudkan dengan 'Mengingati Allah'?
Mengingati Allah disini adalah dengan cara bertaubat. Mohon ampun atas segala kesilapan. Menyesal dan benci terhadap dosa dan maksiat yang pernah dilakukan.
Dari Abu Musa al-Asy'ari Radiallahu'anhu beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla membentangkan tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari dan membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa di malam hari. Demikianlah seterusnya sehingga sampai matahari terbit dari barat (Kiamat)". (Hadith Riwayat Muslim)

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta

Bertaubatlah selagi ada masa
Berharaplah hanya kepadaNya dan bukan pada Manusia
Wallahu'alam
Sampai di sini sahaja pertemuan kita.
Alhamdulillah diberi kekuatan untuk menyiapkan post ini.
Semoga berjumpa lagi di lain hari.
Wassalamu'alaikum.
=]
=]

No comments:
Post a Comment