Tuesday, 26 February 2013

Home Alone Day 2

Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah Wa Syukrulillah masih diberi masa untuk bertaubat.

EhEh, TahuTahu dah 'Home Alone Day 2'
Day 1 Mana?

Day 1 semalam Isnin. Tak kemana pun. =3

Comel je Squirrel ni. n_n

What a day~ Tupai ni pun tahu erti letih. Tengok pun sudah tahu. Apa entah lagi kita manusia, betul tak?

"Cuti rasa macam tak cuti. Ingat cuti dapat duduk 'relax'. Tapi Tidak. OhMy~"
Inilah yang terlintas difikiran selepas beberapa hari berada di rumah. 
"Lebih baik tak payah cuti" *Sambungan kepada 'Thoughts' tadi. 

Sedar tak sedar bila fikir balik apa yang terlintas dalam fikiran ni agak terkelaluan.
Iyelah, sebab thoughts ni lintas masa Ibu tanya apa yang sudah ku buat hari ini? 
Astaghfirullah. Teruknya.
Walaupun hanya difikiran, tapi jika difikirkan balik. Patutkah?
Tanpa membuang masa, aku pun pergi buat apa yang sepatutnya dibuat iaitu kerja ku yang tidak siap2 dari pagi. 
-----------------------------------------------------------------------------------------
Allah SWT menyeru kita supaya untuk berbuat baik kepada kedua Ibu Bapa seperti mana Firman-Nya yang bermaksud "Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada kedua Ibu Bapa."  (Surah al Isra' ayat 23). 

Disini terdapat dua kewajipan yang Allah SWT letakkan kepada kita, akan tetapi dalam konteks ini kita akan highlight dan fokus lebih kepada kewajipan berlaku baik terhadap kedua ibu bapa kita. Terang dan jelas Allah SWT berikan didalam firman-Nya tanpa memerlukan penjelasan lebih. 

Wajib bermaksud satu kemestian ke atas mukallaf dan berdosa jika tidak melaksanakannya.

Allah SWT meletakkan kewajipan mentaati kedua Ibu Bapa selepas kewajipan mentauhidkan-Nya. Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya kita sebagai anak untuk mentaati dan berbuat baik kepada kedua-duanya. 

Al Qur'an juga ada menceritakan berkenaan pengorbanan seorang Ibu semasa mengandungkan anaknya.

Allah SWT berfirman di dalam surah Luqman ayat 14 yang bermaksud "Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua Ibu Bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali"

AllahuAllah. Ampunilah dosa kami ya Allah.

Kebanyakan dikalangan kita tidak kira remaja atau pun yang sudah dewasa didapati semakin kurang memberi tanggungjawab terhadap memberi hak penjagaan kepada kedua Ibu Bapa. Betullah kata orang, seorang Ibu mampu untuk menjaga seorang anak tetapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang Ibu. 



Semakin ramai dikalangan kita yang berani menderhaka kepada kedua Ibu Bapa sama ada dengan meninggikan suara, menengking, marah atau tidak ambil peduli langsung sehingga sanggup mengambil langkah membuang dan meninggalkan mereka saat kita diperlukan. 

Dengan berkata 'ah' sahaja sudah dikira berdosa, apatah lagi perkara-perkara buruk yang lain. 

Na'uzibillah Min Zalik

Firman Allah SWT yang bermaksud "Janganlah kamu berkata kepada keduanya (Ibu Bapa) dengan perkataan 'ah' dan janganlah pula kamu mengherdik mereka. Bercakaplah kepada mereka dengan perkataan yang mulia." (Surah al Isra' ayat 23)
--------------------------------------------------------------------------------------

Jadi, Alhamdulillah selesai juga kerjaku,

Apa kerjanya?

Erk, Seganlah nak bagi tau. Hohoo~
Alaaa~ Lipat pakaian je.

Tadaa!
Before
After
Kata segan, tapi siap tunjuk gambar lagi. -_-' #IniSemuaPoyo
KuiKuiKui~

Nampak sikit. Tapi ianya telah mengambil masaku hampir satu hari untuk siap. Pagi --> Petang
Mana tidaknya kalau buat duduk 5 minit pastu bangun pergi cari makanan. Duduk lagi 5 minit bangun pergi menghadap komputer and berterusan. KihKihKih =3

Inilah Daily Routine yang akan berterusan sehingga buka sem nanti. 
Bestnyaa~ =')

ApaApa pun A Good Job Well Done to Me ! n_n
------------------------------------------------------------------------------------

Kepada sahabat yang ketika ini sedang menikmati 'Sem Break' seperti diri ini juga. Ketika di rumah, jagalah pergaulan kita dengan kedua Ibu Bapa kita. Janganlah buat perkara yang pada akhirnya akan membawa murka pada diri. 

Semoga kita semua senantiasa dibawah penjagaan Allah SWT dalam menjalankan tugas kita sebagai seorang anak. 

Wallahu'alam. 
Wassalamu'alaikum. 

----------------------------------------------------------------------------------

p/s : Dalil-dalil dan sedikit pengisian dalam post ini diambil dari http://imamudasyraf.com/v2/?p=651 =]
       Maaf Ustaz sebab tidak minta izin awal2 untuk menggunakan sedikit karya Ustaz untuk post saya. 
       Halal ya Ustaz. =D

5 comments:

  1. Itu semua memang Poyo!. Haaha, Bagus2. Teruskan dengan rutin harian anda. Huaa. =D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ehem2 kak qiqi.rajin ye blogwalking...kak qiqi punya blog da update blum?ha,aiman cuba tulis tntg pglman brada dkat overseas.share with us bout ur experience n what ur thought bout the outsiders?

      Delete
  3. Qiqi? Ahaha. Cumel pulak nama tu. Blogwalking? Word baru ke ni? Baru pertama kali baca. =D
    InsyaAllah ada masa lebih Aiman akan cerita. Thank you for suggesting. =)

    ReplyDelete
  4. Haa.. Betul tu share la pengalaman Aiman. Blogwalking? Hahah . Cik Asilah, tak rajin pun. Aiman dah promote blog dia, kita raikanlah sahabat kita. Betul tak2? . Cehhhwah. Hik3

    ReplyDelete